top of page
Writer's pictureAhmad Termizi Abdullah

Sama ada ijab kabul nikah secara dalam talian (online) adalah sah?

Kami merujuk kepada Muzakarah Jawatankuasa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-97 yang bersidang pada 15-17 Disember 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Akad Nikah Menerusi Sidang Video (Video Conference). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:


“Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa para fuqaha bersepakat mensyaratkan bahawa bagi memastikan sesuatu akad nikah itu sah, ia hendaklah dilakukan dalam satu majlis (ittihad al-majlis) supaya semuanya terlibat secara langsung semasa pelaksanaan ijab dan qabul.

Sehubungan itu, memandangkan akad nikah menerusi sidang video telah memenuhi syarat ittihad al-Majlis kerana ia dikelaskan sebagai ittihad al-Majazi, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa adalah harus melakukan akad nikah menerusi sidang video dengan syarat-syarat seperti berikut;


1. Hendaklah majlis ini berlangsung di tahap al-yakin bukan al-zhan.

2. Tidak ada unsur penipuan (al-gharar) dan keraguan.

3. Cukup semua rukun dan syarat-syarat sah nikah menurut hukum syarak.

4. Digalakkan wali sendiri yang mengakad-nikahkan pasangan.

5. Terdapat halangan untuk melakukan akad nikah di tempat yang ditentukan kerana berjauhan seperti berada di luar Negara dan sukar bagi kedua-dua belah pihak berada dalam satu majlis yang sama disebabkan sakit, banjir dan sebagainya.

6. Tertakluk kepada semua peraturan dan udang-undang (seperti Enakmen Keluarga Islam Negeri-negeri) yang sedang berkuatkuasa.”



Dalam artikel “Hukum Nikah Online Dan Implikasinya Terhadap Pencatatan Nikah”, pengarang memberikan definisi nikah online sebagai:


“Pernikahan yang komunikasinya dilakukan dengan bantuan komputer di kedua tempat, yang masing-masingnya dapat terhubung kepada file server atau network dan menggunakan media online sebagai alat bantunya. Media online sendiri ialah sebuah media yang berbasis telekomunikasi dan multimedia (komputer dan internet). Di dalamnya terdapat portal, website (situs web), radio-online, TV-online, pers online, mail-online, dan lain-lain, dengan karakteristik masing-masing sesuai dengan fasilititas yang memungkinkan user memanfaatkannya yang tentutnya bersumber pada cacha server dan jaringan internet.”



Pengarang seterusnya mengatakan bahawa:


“Nikah online sendiri jika dibandingkan dengan nikah biasa kalau dari penjelasan di atas, maka dapat disimpulkan bahawa tidak terdapat perbedaan secara substansional terhadap ritual pernikahan antara ritual pernikahan via online dengan ritual pernikahan seperti biasanya. Hal membedakan nikah online dengan nikah biasa adalah pada esensi ittihad al-majelis yang erat kaitannya dengan tempat (makan) pada implimentasi atau pelaksanaan akadnya, namun selebihnya semuanya sama.”




Tuan Hakim, dalam kes di hadapan ini, kami menghujahkan bahawa akad nikah yang dilakukan secara dalam talian adalah sah kerana memenuhi segala syarat ijab kabul pernikahan.


Antara syarat sah ijab kabul ialah ia dilakukan secara ittihadul majlis (berada dalam satu majlis) dengan lafaz yang jelas dan ittishal (bersambung antara ijab dan kabul secara langsung). Kami merujuk kepada kenyataan Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI), Asrorun Niam Soleh yang menyatakan bahawa:


Namun apabila para pihak tidak dapat hadir dan atau tidak mahu mewakilkan, pelaksanaan akad nikah secara dalam talian dapat dilakukan dengan syarat adanya ittihadul majelis, lafaz yang jelas, dan ittishal.


Syarat-syarat itu ditandai dengan beberapa hal, antaranya wali nikah, calon pengantin lelaki, dan dua orang saksi dipastikan terhubung melalui jaringan virtual meliputi suara dan gambar, kemudian harus dalam waktu yang sama, serta terdapat jaminan kepastian tentang benarnya keberadaan para pihak.”



Bagi membuktikan hal ini, kami merujuk kepada keterangan tambahan saksi semasa sesi soal balas di hadapan Tuan Hakim yang antara lain, saksi mengesahkan bahawa upacara akad nikah diadakan pada jam 11:00 pagi di Malaysia, bersamaan jam 1:00 tengahari di Melbourne Australia. Jarak masa antara Melbourne dan Kuala Lumpur adalah 2 jam Melbourne mendahului Kuala Lumpur menjadikan jam pada waktu di Melbourne adalah jam 1:00 tengahari.

Mengenai lafaz ijab kabul, saksi telah memberi keterangan semasa sesi soal balas bahawa lafaz ijab kabul oleh wali adalah dalam bahasa Inggeris yang berbunyi: “_______________, I marry you to my daughter, _______________________ with the mahar of one diamond ring.” Sementara lafaz kabul oleh Pemohon 2 juga adalah dalam bahasa Inggeris yang berbunyi: “I accept your daughter _______________'s hand in marriage with the mahar of one diamond ring.”


Lafaz ijab kabul itu juga telah disahkan oleh Pemohon 1 (dalam sesi soal jawab semasa perbicaraan) yang menghadiri dan mendengar dengan jelas lafaz ijab kabul yang dilafazkan oleh wali nikah dan pengantin lelaki.


Kami menghujahkan bahawa lafaz ijab kabul tersebut juga bersambung tanpa apa-apa gangguan yang kemudiannya disahkan oleh saksi-saksi nikah.


Kami merujuk kepada keterangan tambahan saksi dalam sesi soal balas di hadapan Tuan Hakim yang menerangkan tentang keberadaan saksi-saksi nikah yang membawa maksud bahawa __________________________ berada secara secara dalam talian semasa majlis ijab kabul dijalankan. Sementara itu __________________________ mengikut kata saksi berada bersamanya dan menyertai upacara secara dalam talian semasa majlis ijab kabul dijalankan.


Kami seterusnya merujuk kepada Keterangan Bertulis Saksi pada jawapan kepada soalan no. 4 yang mana saksi mengesahkan bahawa:


“Semasa majlis akad nikah melalui aplikasi zoom meeting tersebut, tiada apa-apa gangguan talian internet. Semuanya berjalan dengan lancar. Saya dapat merasakan bahawasanya saya berada bersama-sama pasangan pengantin dalam majlis perkahwinan mereka.”

Seterusnya pada soalan ke 5, saksi menerangkan bahawa:


“Semasa majlis akad nikah dijalankan, tiada insiden yang meragukan berlaku. Akad ijab kabul dilafazkan secara jelas antara saya dengan Pemohon 2, dan disahkan oleh saksi-saksi yang menghadiri upacara tersebut.”


Tuan Hakim,


Sebagai tambahan, suka kami merekodkan bahawa pada 18 April 2020, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melaksanakan majlis akad nikah satu pasangan pengantin secara dalam talian pertama di Malaysia.


Al-Fadhil Ustaz Fauwaz Fadzil pada dinding muka bukunya (facebook wall) telah memberi komen tentang pernikahan tersebut sebagai:

“Maka saya memerhatikan untuk menyatakan apa yang dibuat oleh JAWI itu adalah muktabar dari sudut amalan semasa kerana berlaku kesukaran wujud pertemuan pihak pengantin dengan juru-juru nikah, maka berdasarkan hajat ia menjadi sebab yang kuat untuk meringankan beban kebatilan nikah sebelum ini.

Begitu juga larangan pernikahan online ini berasaskan sadduzzraie sudah pasti diharuskan ketika ada hajat yang logik iaitu hajat ammah yang menduduki daurah individu.”



173 views0 comments

Recent Posts

See All

WARIS PATAH TITI

Waris patah titi merujuk kepada cucu yang kematian bapa/ibu terlebih dahulu sebelum kematian datuk/nenek mereka. Mereka akan terhalang...

Comments


bottom of page