top of page
  • Writer's pictureAhmad Termizi Abdullah

MATAWANG KRIPTO: HALAL ATAU HARAM, MACAMANA NAK URUS JIKA PEMILIKNYA MENINGGAL.


Adakah matawang kripto menepati definisi mal mengikut nilaian syara’?

Macamana nak uruskan pusaka wang kripto?


Adakah instrument seperti hibah amanah & wasiat sesuai bagi perancangan pewarisan matawang kripto?


Fatwa Wilayah tidak mengiktiraf matawang kripto atas asas sad azzarai’ie. Dihujahkan bahawa terdapat elemen gharar dalam naik turun harga wang kripto.


Tan Sri Prof Dr Mohd Daud Bakar & Ustaz Zaharuddin berpendapat bahawa penggunaan wang kripto adalah halal. Risiko bukanlah gharar. Penipuan boleh berlaku bagi lain-lain jenis matawang juga. Demand & supply berlaku secara real di alam maya bagi menentukan naik turun harga mata wang kripto.


Fatwa Perak & Perlis mengiktiraf wang kripto sebagai ‘ada nilai’ & subject kepada pembayaran zakat.


Sementara ISRA & ramai lagi yang mengambil sikap tawwaqquf. Lihat dan tunggu entah sampai bila.


Jika dapat dibuktikan bahawa si mati ada eWallet kripto yang disimpan pada Luno contohnya, adakah Luno boleh mencairkan wang kripto si mati dan memindahkan nilai RM kepada pentadbir / wasi si mati?


Oooo….banyaknya soalan. Saya sembang ala-ala pandai la konon.


Terima kasih kepada para pensyarah & penyelidik yang membuat kajian. Saya pohon maaf atas kekurangan saya.


Semoga perbualan tadi sedikit sebanyak menyumbang kepada kajian yang dilakukan.


Terima kasih juga kerana sudi memborong buku-buku tulisan saya. Malu yang amat sebenarnya. Buku-buku saya untuk orang awam, apabila ahli akademik yang beli….aduh, ….

Yang baik datangnya dari Allah. Yang kurang adalah kelemahan saya.


Semoga Allah memberkati usaha-usaha ini.



7 views0 comments

Recent Posts

See All

WARIS PATAH TITI

Waris patah titi merujuk kepada cucu yang kematian bapa/ibu terlebih dahulu sebelum kematian datuk/nenek mereka. Mereka akan terhalang daripada menerima harta pusaka datuk/nenek mereka kerana kewujuda

Komentar


bottom of page