top of page
  • Writer's pictureAhmad Termizi Abdullah

AMANAH LIL WAKAF


Semalam saya dikunjungi oleh Abu Ammar. Antara lain (yang utama), kami membincangkan mengenai produk amanah lil wakaf.


Tak sempat juga sebenarnya saya studi detail tentang produk ini. Melalui penerangan ringkas, saya bagi juga sedikit sebanyak pendapat mentah saya.


Konsepnya mudah sahaja, perwakafan selepas kematian melalui jalan wasiat. Lantik siap-siap siapa yang diamanahkan untuk jadi pemegang amanah kepada pewakaf untuk melaksanakan wakaf melalui jalan wasiat tadi.


Maka, pengamanahan tadi dibuat melalui jalan pelantikan wasi. Ia jadi gabungan produk wasiat & wakaf.


Dari sudut pelaksanaan, saya tidak nampak ia berliku. Sangat mudah juga sebab pemegang amanah yang selaku wasi boleh terus pohon geran probet.


Walaupun begitu, terdapat beberapa isu teknikal yang perlu dibahaskan juga oleh cerdik pandai yang lain (saya bukan ahlinya):


1. Adakah amanah lil wakaf boleh dibuat juga bagi harta-harta yang sudahpun dilantik wasi secara khusus seperti pelantikan wasi bagi akaun tabung haji, kwsp & takaful. Setakat mana pemegang amanah lil wakaf boleh campur tangan terhadap pengurusan harta oleh wasi atau penama tabung haji, KWSP, & takaful. Adakah niat pewakaf tadi boleh dilaksanakan jika wasi khusus tadi nak bahagi ikut faraid sahaja. Mana yang lebih mengatasi (prevail)?


2. Jika terdapat juga wasiat ikhtiyariyyah yang lain yang memungkinkan pembahagian harta si mati kepada bukan waris menjadi melebihi 1/3 dari keseluruhan harta, maka yang mana satu menjadi prioriti pelaksanaan. Adalah amanah lil wakaf menjadi prioriti atau wasiat ikhtiyariyyah lebih diutamakan. Ini tak tambah lagi isu jika ada pula kes cucu patah titi tuntut pula wasiat wajibah. Semua duk tuntut dari harta si mati.


3. Isu juga timbul tentang pengiraan 1/3 nilai harta. Adakah pemegang amanah amanah lil wakaf hanya bertanggungan menilai harta yang dalam tanggungannya sahaja atau perlu juga dia libatkan sama harta peninggalan lain yang di bawah urusan wasi yang lain seperti tabung Haji, KWSP, takaful, dan sebagainya.


Ya, pening juga nak dapatkan solusi. Pohon pandangan dari rakan-rakan bijaksana yang lain.

Pendapat saya hanyalah pendapat sepintas lalu. Alhamdulillah jika dapat mencerahkan atau membuahkan sesuatu.


Teruskan usaha mencari jalan bagi memudahkan urusan ummat Islam untuk berwakaf.


Terima kasih atas kesudian bersembang dengan saya. Terima kasih atas hadiah yang diberikan. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.



5 views0 comments

Recent Posts

See All

WARIS PATAH TITI

Waris patah titi merujuk kepada cucu yang kematian bapa/ibu terlebih dahulu sebelum kematian datuk/nenek mereka. Mereka akan terhalang daripada menerima harta pusaka datuk/nenek mereka kerana kewujuda

Comments


bottom of page